Monday, 19 July 2021

AGIHAN DAGING KAMBING QURAN KEPADA MASYARAKAT ISLAM

Alhamdulillah Hari Ini PKKM Mengagihkan Daging Qurban (Kambing) Kepada Mesyarakat Islam sekitar Batu Caves dan Selayang

Semoga dengan sedikit sumbangan ini dapat kita menikmati Daging Ibadah Qurban pada tahun 1442H / 2021 di musim PKPD ini


































Sunday, 11 July 2021

AGIHAN SUMBANGAN DI SELAYANG MULIA


Alhamdulillah.. Dengan izin Allah swt Pihak PKKM telah membuat agihan bantuan kepada penduduk Pangsapuri Selayang Mulia, Selayang.

Ada pihak memaklumkan bahawa disini ramai penduduk tidak dapat bantuan kerana penduduknya ramai dan tidak mencukupi dan Pihak PKKM Agihkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang tidak dapat bantuan,

Barang Asas kali ini telah disumbangkan oleh seorang Ahli Majlis
Tuan Deveandran Ahli Majlis Zon 7 MPS
 







Saturday, 24 April 2021

ZIARAH KASIH DI KAMPUNG MELAYU WIRA DAMAI

Alhamdulillah dengan izin Allah, Petang tadi kami pihak PKKM telah membuat Ziarah Kasih di rumah En. Ramli, Di Kampung Melayu Wira Damai, Belia adalah seorang pesakit Kencing Manis dan kini tiada sumber pendapatan dan kini tinggal berseorangan.

Insha Allah, pihak PKKM akan cuba membantu beliau untuk dapatkan bantuan bulanan dari pihak  Jabatan Kebajikan Masysrakat (JKM) dan dari pihak Zakat Selangor.

Pada petang ini kami PKKM Menyerahkan Bantuan Asas Keperluan Dupar kepada En. Ramli. Sumbangan yang disampaikan oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Rafiq, yang turut hadir pada petang ini  En. Mani dan Puan Sarina.

Saya mengucapkan ribuan Terima Kasih..








Thursday, 8 April 2021

MEMBERI BANTUAN ASAS KEPERLUAN KEPADA EN. ZULKAPELI

Alhamdulillah, Hari ini kami pihak PKKM Memberi Sumbangan kepada En. Zulkapeli Bin Razali (57) Beliu adalah seorang Pesakit Buah Pinggan dan tidak dapat bekerja akibat sakitnya.

Antara sumbangan yang diberikan adalah Barang Asas Keperluan Dapar, Semoga dengan sumbangan yang sedikit ini dapat meringankan beban En. Zul/

Terima Kasih kepada Yang Berusaha Tn. Mohd Rafiq dan kepada anda yang memberi sokongan penuh kepada PKKM




Wednesday, 7 April 2021

SAMBANGAN KEPADA KELUARGA YANG TERJELAS


Allhamdulillah Pada petang ini PKKM telah sampaikan bantuan kepada keluarga yang terjejas kerana tiada sumber pendapatan akibat PKP yang berpanjangan.

Keluarga ini bekerja sebagai pembantu kedai Dobi di Selayang Indah, Dan kini keluarga ini tiada pekerjaan, Ada jiran Prihatin telah menghubungi pihak PKKM  untuk dapatkan bantuan untuk keluarga ini

Pihak PKKM segera ketempat yang dihubungi dan terus sampaikan bantuan Barang Asas kepada keluarga tersebut, Kami mengucapkan Terima Kasih kepada Jiran yang Prihatian.

Monday, 5 April 2021

JAWATANKUASA PKKM

TUAN MOHD RAFIQ BIN HAMIDULLAH

Presiden

 

PUAN SARINA BINTI ZAKARIA

Timbalam Presiden

 

TUAN MOHD ASLAM KHAN BIN MEERAJIDDIN

Naib Presiden 1

 

PUAN SHARIFAH BINTI SALEMEN

Naib Presiden 2


PUAN BIBI HOTIZA BINTI MOHD RAFI

Setiausaha

 

PUAN SAKIRAN BINTI ZAKARIA

Bendahari

 

TUAN MANIYARASU A/L SHIBABALAN

Ahli Jawatankuasa


Sunday, 4 April 2021

UCAPAN ALUAN PENGERUSI PKKM

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Assamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selaga puji bagi Allah dan dengan rahmatnya kami memanjatkan doa kepada Allah S.W.T. 
kerana niat kami untuk menubuhkan satu NGO Badan Bukan Kerajaan iaitu 
PERTUBUHAN KEBAJIKAN KEMANUSIAAN MALAYSIA
Akhirnya berjaya di daftarkan pada 04 April 2021

Tujuan penubuhan ini adalah untuk membantu golongan Asnaf / Fakir / Miskin / OKU / Warga Emas / Anak-anak yatim dan Ibu tunggal, Dimana daripada golongan ini kebanyakannya tidak dapat bantuan dan tidak dapat perhatian sepenuhnya.

Oleh itu kami PKKM berazam untuk membantu dan menolong mereka yang memerlukan perkhidmatan kami, untuk membantu mereka dan kami sentiasa sedia untuk mengambil berat diatas mereka dan membantu mereka.

Kami berharap semoga perkhidmatan kami ini akan memberi manfaat kepada semua dan kami juga memerlukan sokongan dan bantuan kewangan untuk pengurusan ini.

Sekian, "Jazakallahu Khairan Kathira"


TUAN MOHD RAFIQ HAMIDULLAH
Pengerusi PKKM